30.12.12

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!!

Warga Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang mengucapkan selamat kembali ke sekolah bagi pelajar tahun 2 hingga tahun 6 dan selamat datang kepada pelajar pra sekolah dan pelajar tahun 1 ke SK Teluk Ketapang yang akan memulakan sesi pembelajaran pada 1 Januari 2013.



19.11.12

TAHNIAH !!!

19 November 2012.Pihak Sk Teluk Ketapang mengucap tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR bagi tahun 2012.


Sk Teluk Ketapang juga telah mencapai peningkatan dalam keputusan kali ini dimana menduduki tempat kedua terbaik berbanding dengan sekolah-sekolah jirannya.Peningkatan 10.47 peratus dari tahun sebelumnya.


Seramai 18 orang pelajar Sk Teluk Ketapang telah mendapat keputusan 5A dimana 5 pelajar perempuan dan 13 pelajar lelaki.


Diharap pelajar yang berjaya akan terus melakarkan kecemerlangan dan kepada yang kurang berjaya,cuba lagi didalam peperiksaan yang akan datang.Gambar lain telah diletakkan di dalam Galeri Foto blog sekolah.


10.11.12

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKTK 2012

7 November 2012, Sk Teluk Ketapang telah mengadakan satu majlis hari anugerah kecemerlangan Sk Teluk Ketapang 2012 bertempat di kantin sekolah Sk Teluk Ketapang. Majlis itu telah dirasmikan oleh YB Dato Hj. Ahmad Razif Bin Abd. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran,Pengajian tinggi,Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri merangkap ADUN Seberang Takir.


Majlis itu telah berjalan dengan lancar bagi menghargai pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam bidang akademik dan sukan sepanjang tahun 2012.


Pihak Sk Teluk Ketapang mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Dato Hj. Ahmad Razif Bin Abd. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran,Pengajian tinggi,Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri merangkap ADUN Seberang Takir kerana sudi melapangkan masa untuk merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan 2012 Sk teluk Ketapang.Sedikit gambar semasa majlis boleh dilihat pada Galeri Foto blog sekolah.


4.11.12

MAJLIS GRADUASI PRASEKOLAH SK TELUK KETAPANG 2012

5 November , pelajar-pelajar Prasekolah Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang telah diraikan dalam satu Majlis Graduasi Prasekolah bagi menerima sijil dan cederahati dari pihak sekolah.


Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar Sk Teluk Ketapang.Pihak sekolah mengucapkan taniah kepada pelajar-pelajar Prasekolah Sk Teluk Ketapang 2012 kerana telah berjaya menamatkan sesi prasekolah bagi sesi 2012.


Pihak sekolah juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Guru Prasekolah Sk Teluk Ketapang dan Pembantu Murid Sk Teluk Ketapang atas kejayaan mendidik pelajar-pelajar Prasekolah bagi sesi 2012.
Sedikit gambar semasa majlis tersebut boleh dilihat pada Galeri Foto blog sekolah.


23.10.12

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA


Warga Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha.Semoga ibadat korban mendapat keberkatan.

17.10.12

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SK TELUK KETAPANG

17 Oktober 2012,Sk Teluk Ketapang telah mengadakan satu Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) bertempat di Makmal Komputer SK Teluk Ketapang.


Latihan Dalam Perkhidmatan kali ini bertajukkan Cara-Cara Menggunakan 'Smart Board' untuk PMP yang penerangan telah disampaikan oleh wakil dari Top IT.


Pihak Sk Teluk Ketapang mengucapkan ribuan terima kasih atas tunjuk ajar yang telah diberikan oleh wakil dari Top IT tentang penggunaan 'Smart Board' kali ini.Pihak Sk Teluk Ketapang juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru Sk Teluk Ketapang kerana telah bersama-sama menjayakan Latihan Dalam Perkhidmatan kali ini.


8.9.12

SELAMAT MENDUDUKI UPSR 2012

KAMI WARGA SK TELUK KETAPANG MENGUCAPKAN SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR KEPADA SEMUA PELAJAR TAHUN 6/2012.SEMOGA MENDAPAT KEJAYAAN YANG CEMERLANG!!




JADUAL PEPERIKSAAN UPSR 2012






29.8.12

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN YANG KE 55

Janji Ditepati telah dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 kali ini.


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN DARI WARGA SKTK.




LANGKAH-LANGKAH MENGHADAPI PEPERIKSAAN


PERSEDIAAN ASAS
1. Semangat Yang Tinggi
2. Pembacaan Yang Banyak
3. Kefahaman Yang Jelas
4. Ulangkaji Berterusan
5. Keyakinan Diri
Di dalam menghadapi peperiksaan UPSR/PMR/SPM/STPM, satu perkara yang tidak boleh dilupakan ialah persediaan di peringkat awal secara berterusan sehingga tiba masa yang ditetapkan dan akan menjadi lebih berkesan sekiranya kaedah pembelajaran yang betul diamalkan. Namun, ramai juga pelajar yang tidak dapat menghadapi peperiksaan dengan baik walaupun telah menumpukan banyak masa di saat awal hinggalah ke akhirnya. Malahan ramai juga yang pada saat-saat akhirnya menjadi putus asa.
Untuk menjawab pertanyaan ini cubalah bertanya kepada diri anda tentang:
1. Adakah anda telah menghabiskan topik-topik penting ?
2. Adakah anda telah memahami apa yang diajar oleh guru atau dibaca sendiri ?
3. Adakah anda menhadapi pelajaran dengan semangat yang tinggi ?
4. Adakah anda berterusan belajar dan meneliti soalan-soalan lepas ?
5. Adakah anda mempunyai keyakinan diri untuk menjawab soalan nanti ?
UJIAN BULANAN DAN PEPERIKSAAN PENGGAL
Ramai pelajar bersikap acuh tak acuh di dalam menghadapi ujian bulanan dan peperiksaan penggal dan ada yang menganggapnya tidak penting. Pada hal ujian dan peperiksaan ini boleh mempengaruhi keputusan peperiksaan nanti. Akibatnya ramai pelajar yang gagal dan mendapat markah yang rendah di dalam setiap ujian /peperiksaan.
Sikap seperti ini hendaklah dikikiskan. Walaupun demikian, seandainya anda gagal di dalam ujian, jadikanlah ia suatu pengajaran untuk lebih memahami dan bersungguh-sungguh mengulangkaji pelajaran. Kegagalan di dalam ujian mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti :-
a) Kurang memahami apa yang diajar
b) Tidak mengambil perhatian yang serius terhadap pelajaran.
c) Tidak mengulangkaji pelajaran selepas waktu persekolahan.
KEARAH MEMBENTUK KEYAKINAN
Keyakinan menghadapi peperiksaan hanya boleh diperolehi oleh pelajar yang sudah betul-betul membuat persiapan yang rapi. Antara persiapan yang perlu diberi perhatian ialah :-
a) Habis mengulangkaji topik-topik yang disoal.
b) Mengingati dengan baik nota-nota yang penting.
c) Mengetahui bentuk-bentuk soalan yang akan disoal.
d) Bertawakkal kepada Allah S.W.T.
BEBERAPA PERINGATAN KEPADA PELAJAR
  • Tidak keterlaluan membaca sehingga kurang tidur.
  • Belajar dengan hati yang tenang dan lapang. Pastikan semua kerja atau masalah diselesaikan terlebih dahulu sebelum anda memulakan pembelajaran/study.
  • Disiplinkan diri anda. Pastikan anda tidak membuang masa dengan kerja-kerja yang sia-sia. Tepatilah masa belajar yang anda telah tetapkan dan pastikan anda ada masa untuk merehatkan otak secukupnya. Elakkan daripada memaksa diri anda untuk belajar sekiranya anda letih dan mengantuk.
  • Elakkan diri anda daripada membaca dan menghafal matematik. Sebaliknya cubalah memperbanyakkan latihan mengira dan memahami formula dan konsepnya.
  • Berbincang dengan rakan yang lebih memahami dan elakkan daripada sifat malu bertanya.
  • Elakkan daripada sifat menangguhkan sesuatu kerja yang diberi oleh guru serta jauhkan sikap mengambil jalan mudah dengan meniru kerja kawan tanpa memahami akan maksud dan konsepnya.
  • Elakkan mengumpulkan nota yang diberikan oleh guru sehingga bertimbun barulah hendak mengulangkajinya.
Sesungguhnya seseorang pelajar akan mencapai tahap penguasaan yang maksimun jika dia mampu mengaplikasikan teknik dan kaedah belajar yang betul. Setiap pelajar mempunyai cara belajar yang berbeza, janganlah meniru gaya belajar orang lain yang tidak sesuai dengan kita. Nota ini sebagai panduan sahaja, ubahlah ia agar sesuai dengan teknik dan cara anda sendiri. InsyaAllah kejayaan itu milik semua.
   Ini adalah JADUAL PEPERIKSAAN UPSR 2012 untuk rujukan .

28.7.12

SIRI MOTIVASI KECEMERLANGAN SKTK

Menggapai Kecemerlangan Diri adalah tajuk Siri Motivasi Kecemerlangan kali ini yang disampaikan oleh pencemarah iaitu Tuan Mat Lazim @ Mahasan Bin Noor,Penyelia Kanan Kluster / Asli / Khas Unit Sekolah Rendah JPNT.Siri motivasi kali  ini telah di adakan pada 29 Julai 2012 bertempat di Makmal Komputer Sekolah.


Motivasi ini adalah untuk meningkatkan keyakinan pelajar-pelajar tahun 6/2012 untuk menghadapi Peperiksaan Percubaan UPSR dan peperiksaan sebenar UPSR .




18.7.12

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

PIHAK SEKOLAH INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.


17.7.12

CUTI UMUM PADA 22 JULAI 2012 (AHAD)

Merujuk perkara di atas dan memaklumkan bahawa Pentadbiran Negeri telah memutuskan bahawa hari Ahad 22 Julai 2012 adalah Hari Kelepasan Am bagi Negeri Terengganu sempena meraikan kejayaan Terengganu menjuarai Sukan Malaysia (SUKMA) ke XV Tahun 2012.


Pengesahan ini boleh dilihat pada pekeliling didalam portal Terengganu.

9.7.12

SENAMROBIK SERENTAK 1MURID,1SUKAN, 1MALAYSIA

10 Julai 2012, Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang dengan jayanya telah mengadakan Senamrobik Serentak 1murid, 1Sukan, 1Malaysia peringkat sekolah.Semua warga sekolah mengambil bahagian dalam acara tersebut.

Senamrobik peringkat sekolah ini telah berlangsung serentak di sekolah seluruh Malaysia bagi menjayakan slogan 1Murid, 1Sukan, 1Malaysia.


Antara gambar semasa aktiviti Galeri Foto portal sekolah.

20.6.12

PERKHEMAHAN TAHUNAN BADAN BERUNIFORM 2012

Pada hari ini 21 Jun 2012 telah diadakan satu perkhemahan tahunan Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang.Perkhemahan itu bertempat di Kem Telaga batin.


Seramai 152 orang pelajar tahun 6 mengikuti perkhemahan kali ini yang melibatkan badan beruniform masing-masing


23.5.12

SALAM PERPISAHAN

Kami warga Sk Teluk Ketapang mengucapkan selamat bertukar kepada Cikgu Noraini  Binti Sarip.Pihak sekolah juga mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan, pengorbanan dan juga jasa beliau selama berkhidmat di Sk Teluk Ketapang.


Selamat Maju Jaya Cikgu!

22.5.12

JALINAN MESRA

Terima kasih kepada YB Tuan Hj Ahmad Razif Bin Abd. Rahman, Pengurusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Sumber Manusia Negeri merangkap ADUN Seberang Takir kerana sudi melawat sekolah kami bagi mengadakan jalinan mesra bersama para guru-guru dan kakitangan sekolah kami.


Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau kerana sudi meluangkan masa bersama guru dan kakitangan sekolah kami.

14.5.12

SELAMAT HARI GURU 2012


Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia.



28.4.12

MESYUARAT AGUNG PIBG SK TELUK KETAPANG KALI KE 12/2012

Persatuan Ibu Bapa  Dan Guru Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang telah mengadakan mesyuarat agung kali ke 12 pada 27 April 2012 ( Jumaat ) bertempat di Kantin Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang. Mesyuarat telah bermula pada pukul 2.30 petang.


Mesyuarat kali ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Hj. Ahmad Razif Bin Abdul Rahman selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi Dan Sumber Manusia Negeri & Merangkap ADUN Seberang Takir.

Gambar semasa mesyuarat agung boleh dilihat pada Galeri Foto portal sekolah.

24.4.12

MEMARTABATKAN PENGAWAS PSS SKTK

Pengawas Pusat Sumber ( PSS ) Sk Teluk Ketapang seramai 50 orang telah mendapat 'vest' baru yang dipakai bermula 22 April 2012 sebagai langkah memartabat imej pengawas PSS dan sekolah.


Di bawah kelolaan Cikgu Tengku Adnan dan Cikgu Saidah, mereka juga telah merpersembahkan lagu NILAM di hapadan semua warga Sk Teluk Ketapang pada 22 April 2012 di perhimpunan mingguan sekolah.


Gambar-gambar lain sila lihat di Galeri Foto portal sekolah.


18.4.12

KEM KECEMERLANGAN UPSR ( KEMERCU ) 2012

Hari ini,19 April 2012 bertempat di Scout Inn Resort, Telaga Batin telah diadakan satu Kem Kecemerlangan UPSR ( KEMERCU ) 2012 bagi pelajar tahun 6 Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang.Kem ini berjalan selama 2 hari bermula 19 April 2012 hingga 20 April 2012.


Tujuan kem ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran menjawab soalan secara berkesan dan memupuk semangat semua peserta bagi mencapai kecemerlangan dalam UPSR.Selain itu kem ini juga bagi membantu murid-murid menambah kemahiran dan teknik menjawab soalan secara berkesan, melahirkan murid berdaya saing, kuat fizikal dan mental selain mendidik pelajar menjadi lebih berdisiplin dan bertanggungjawab.


Lain-lain gambar Kem Kecemerlangan UPSR ( KEMERCU ) 2012 boleh di lihat pada Galeri Foto portal sekolah.


9.4.12

ESOK HARI KELEPASAN AM BAGI NEGERI TERENGGANU


Pekeliling Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Bil 5 Tahun 2012memaklumkan bahawa pada 11 April 2012 (Rabu) adalah Hari Kelepasan Am Bagi Negeri Terengganu. Muat turun surat JPN Terengganu dan Pekeliling SUK

MAJLIS PENYERAHAN eBOOK TAHUN 4 DUN SEBERANG TAKIR 2012

9 April 2012, Isnin.Satu majlis penyerahan eBook bagi pelajar tahun 4 Dun Seberang Takir 2012 telah berjalan dengan jayanya yang bertempat di Dataran Permata, Seberang Takir.Kuala Terengganu.Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Y.B Hj. Ahmad Razif bin Abd. Rahman.Pengurusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri & Merangkap ADUN Seberang Takir.


Majlis yang berlangsung pada pukul 2.30 petang telah dihadiri seramai 555 orang pelajar tahun 4 dimana SK Seberang Takir  seramai 69 orang pelajar, SK Bukit Tok Beng seramai 83 orang pelajar, SK Komp. Seberang Takir seramai 123 orang pelajar, SK Tok Jembal seramai 128 orang pelajar dan SK Teluk Ketapang seramai 152 orang pelajar.

 Tarikh Program : 9 April 2012 (Isnin)
Masa : 2.30 pm
Tempat : Dataran Permata, Seberang Takir
Kuala Terengganu.
Dirasmikan Oleh : Y.B Hj. Ahmad Razif bin Abd. Rahman
Pengurusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri
& Merangkap Adun Seberang Takir.

Sedikit gambar riang ria penyerahan boleh di lihat pada Galeri foto portal sekolah.



3.4.12

UJIAN SARINGAN KHAS MURID TAHUN 3 2012


Tarikh Program : 4 April 2012
Masa : 10.30am - 12.30pm
Tempat : Dikelas masing-masing
Pemantau : En. Zamri bin Yusof

Seramai 157 orang pelajar telah menduduki Ujian Saringan Khas Murid Tahun 3 2012 yang di pantau oleh En. Zamri bin Yusof dan diiringi oleh Penolong kanan 1,En. Salleh @ Mokhtar bin Ismail.

SARINGAN KHAS LINUS MURID TAHUN 3/2012

Pada 4 April 2012,Rabu.Semua murid tahun 3 diwajibkan menjalani satu ujian pelaksanaan saringan khas linus yang akan diadakan sebagaimana kenyataan berikut :

Tarikh Program   : 4 April 2012 (Rabu)
  Masa                  : 10.30 am - 12.30 pm
      Tempat               : Di Kelas Masing-masing
Pemantau           : En. Zamri bin Yusof

Oleh itu,semua guru kelas tahun 3 hendaklah memastikan kebersihan dan keceriaan kelas serta susunan kerusi meja dalam keadaan baik dan tersusun.Pihak sekolah juga menharapkan ibubapa mengambil peranan untuk memastikan anak tuan/puan hadir ke sekolah dan mengulangkaji pelajaran untuk saingan khas ujian tersebut.

Pihak sekolah mendoakan kepada semua pelajar selamat penduduki ujian saringan khas linus tersebut.

JADUAL TOV DAN OTI 2012

  UJIAN PENGESANAN (TOV 2012)
         29 JANUARI 2012-31 JANUARI 2012

      OTI 1
        6 MAC 2012 - 8 MAC 2012

           OTI 2 (PERTENGAHAN TAHUN 2012)
         20 MEI 2012 - 24 MEI 2012

           OTI 3 (PRA PERCUBAAN UPSR 2012)
         3 JULAI 2012 - 5 JULAI 2012

 OTI 4 (PERCUBAAN UPSR 2012)
         13 OGOS 2012 _ 15 OGOS 2012

           TAMBAH NILAI UPSR 2012
          3 SEPTEMBER 2012 - 5 SEPTEMBER 2012

           UPSR 2012/OTI 5
         11 SEPTEMBER 2012 - 13 SEPTEMBER 2012

 OTI 6 (PEPERIKSAAN AHKIR TAHUN 2012)
            14 OKTOBER 2012 - 18 OKTOBER 2012

1.4.12

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS PSS 2012

Kursus  Kepimpinan Pengawas PSS 2012 telah diadakan pada 27 - 28 Mac 2012 bertempat di Makmal Komputer Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang.Kursus ini merupakan satu aktiviti pemantapan modal insan yang dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah bagi memberi input pengetahuan, kemahiran seterusnya membentuk sikap yang betul untuk diaplikasikan dalam melaksanakan tugas Pengawas PSS.


Maklamat kursus ini diadakan adalah untuk melahirkan Pengawas PSS yang berwatak dan seimbang, mempunyai keyakinan diri, mempertingkatkan modal insan yang baik di samping mempunyai daya kepimpinan yang diperlukan dalam melaksanakan tugas.


Kursus Kepimpinan Pengawas PSS ini merupakan kali pertama yang diadakan pada tahun ini. Kursus-kursus peningkatan pengetahuan dan kemahiran yang lain akan menyusul kemudian bagi memantapkan lagi modal insan mereka.


Gambar-gambar aktiviti Kursus Kepimpinan Pengawas PSS 2012 boleh dilihat pada Galeri foto portal sekolah.

31.3.12

KEJORANAN OLAHRAGA MSSDKTU 2012

Pada tanggal 19 - 22 Mac 2012 telah berlangsung Majlis Kejoranan Olahraga Peringkat MSSDKTU yang diadakan di Trek Olahraga Kompleks Sukan Gong Badak.


Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang telah berjaya mengumpul 3 Emas dan 3 Gangsa. Emas diperolehi dari acara 4 X 200 lelaki, 4 X 200 perempuan dan 100 meter lari berpagar perempuan.Manakala gangsa diperolehi dari acara 4 X 100 perempuan, lompat tinggi lelaki dan 200 meter perempuan.Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang telah menjadi Naib Johan keseluruhan dalam Kejohanan Olahraga MSSDKTU 2012 kali ini.


Lain lain gambar kejohanan bolehlah di lihat dalam Galeri foto portal sekolah.



20.3.12

PENYAMPAIAN WATIKAH PENGAWAS 2012


Majlis Penyampaian Watikah Pengawas Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang 2012 telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, Encik Sulong bin Nik Man pada 19 Mac 2012.


Majlis penyampaian juga telah dihadiri oleh semua guru dan murid-murid yang diadakan di tapak perhimpunan dengan mengistiharkan seramai 96 orang pengawas sekolah. Disamping itu, Ketua Pengawas dan Penolong Pengawas  bagi sesi persekolahan 2012 juga telah diistihar dalam majlis tersebut.


Sedikit gambar-gambar lain boleh di lihat pada galeri foto portal sekolah.



19.3.12

TAHNIAH

Sekalung tahniah diucapkan kepada pelajar tahun  yang mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan OTI 1 baru-baru ini..pelajar-pelajar itu ialah :

  1. Raihana Safia Binti Mohmad
  2. Siti Nurshahirah Binti Zainal Abidin
  3. Nur Qistina Binti Mohamed Azhar
  4. Siti Hajar Maizurah Binti Muhamed Mus
  5. Nur Ayuni Nadhirah Binti Aswadi
  6. Abdul Salam Bin Azman


Kepada pelajar yang diharap dapat tingkatkan usaha untuk mencapai keputusan yang lebih cemerlang pada peperiksaan yang akan datang.

14.3.12

Pendaftaran Murid Tahun 1 Secara Atas Talian (online)

KPM akan melaksanakan Pendaftaran Murid Tahun 1 secara atas talian (online) melalui capaian web http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia melalui menu seperti yang ditunjukkan dalam print screen di bawah.  Web ini boleh diakses dengan Login Id : Kod Sekolah dan Katalaluan : sekolah.


 Pengurusan Pendaftaran Tahun 1 secara atas talian sepertimana berikut:
  • KPM - Sektor Rendah
  • JPN - Sektor Sekolah, Unit Sekolah Rendah
  • PPD - Penyelia Pengurusan Murid / Penyelia Pengurusan Sekolah
  • Sekolah - GPK HEM / Pembantu Tadbir Sekolah
Proses Pendaftaran :
  1. Peringkat Sekolah
    • Pentadbir Sekolah (GPK HEM) mendaftar pengguna
    • Sekolah menerima borang pendaftaran secara manual
    • PT Sekolah Daftar Menggunakan Aplikasi Edaftar Tahun 1 
    • Web bagi menu Edaftar Tahun 1 akan dibuka mulai 20 Mac - 31 Mei 2012
    • GPK Hem membuat pengesahan dan menghantar secara online ke PPD pada Jun 2012
  2. Peringkat PPD
    • Terima pendaftaran
    • Proses penempatan
    • PPD akan memulangkan balik data penempatan kepada sekolah pada bulan Julai
  3. Peringkat Sekolah
    • Terima kelulusan Penempatan bulan Julai
    • Cetak Kelulusan Dan Edar pada ibu bapa pada bulan Julai
    • Menerima pengesahan daripada penjaga mulai 1 hingga 30 Ogos 2012 (tengok prosidur pengesahan di bawah)
    • Rumusan pengesahan penempatan hantar secara online kepada PPD
    • Proses rayuan bermula 1 hingga 30 September 2012 secara online oleh ibubapa/penjaga di sekolah yang telah diluluskan (prosidur rayuan lihat seperti di bawah)
    • Sekolah menghantar data rayuan secara online ke PPD
    • Data keputusan rayuan dihantar ke sekolah yang diluluskan  oleh PPD pada bulan 1 hingga 30 Oktober 2012
    • Sekolah yang diluluskan mengeluarkan surat penempatan kepada penjaga/ibubapa
  4. Peringkat JPN/KPM
    • Memantau secara atas talian
Pengesahan dan Rayuan:
  1. Menerima pengesahan
    • Membuat pengesahan
    • Membuat Tambahan Data
    •  Membuat peringatan 
  2. Rayuan
    • Terima rayuan
    • Menghantar pada PPD
    • Keputusan rayuan
    • Pengesahan rayuan 
Pengurusan Data Pendaftaran
  • Memastikan setiap pendaftaran didaftarkan dalam aplikasi (online)
  • Memastikan pengesahan dibuat
  • Pengemaskinian keperluan data dalam APDM
  • Menyelesaikan pada 15 Disember
  • Proses penempatan ke Tahun 1 mulai 26 Disember
  • Pengemaskinian akhir oleh Guru Kelas Minggu kedua tahun baru persekolahan
  • Pengesahan Data Murid Tahun 1 pada 15 Januari
 Penerangan dan taklimat akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut PPD dijangka pada 25 Mac 2012 dan jadual akan dikeluarkan serta diupload pada web ini.

10.3.12

PENDAFTARAN DIBUKA.


 Kepada ibubapa yang mempunyai anak yang lahir pada tahun 2006 / 2007 bolehlah membuat pendaftaran penempatan kanak-kanak masuk ke sekolah rendah bagi sesi persekolahan tahun 2013 / 2014.

Berhubung perkara di atas, tuan/puan hendaklah membawa bersama surat beranak anak tuan / puan yang asal dan satu salinan fotostat semasa mendaftar. Sekiranya anak / jagaan tuan / puan tidak mempunyai surat beranak, sila dapatkan surat kebenaran dari Unit Pendaftaran dan Perhubungan Jabatan Pendidikan Terengganu sebelum mendaftar.Tuan / puan boleh membuat pendaftaran dan pengesahan di sekolah bermula 1 Mac 2012 hingga 30 April 2012 seperti masa berikut :


SBPA dibatalkan

Beberapa hari lepas YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pembatalan SBPA dan mengekalkan SSM dengan beberapa penambahbaikan sehingga satu suruhanjaya ditubuh bagi mengkaji keseluruhan sistem perkhidmatan awam negara. Tahniah dan terima kasih YAB Perdana Menteri kerana menamatkan kemelut hasil dari tindakan perancangan dasar yang tidak selari dengan aspirasi kerajaan. Ada suara-suara,pendapat dan tulisan sinikal  yang mengatakan kerja-kerja penggubalan SBPA dilaksanakan oleh "mafia" atau "litle nepolien" dalam perkhidmatan awam.Walahualam.

Kita percaya majoriti penjawat awam lega dan berpuashati dengan pengumuman YAB Perdana Menteri dan kita juga percaya terdapat segelintir dari mereka yang tidak berpuashati apalagi kalau jenis yang tidak tahu bersyukur, besar nafsu dan juga lupa ukuran baju sendiri. Kadang mereka lupa kesenangan dan kebahagian dalam hidup bukan diukur besar atau kecil gaji seseorang tetapi diukur dan dinilai sejauh mana mereka pandai mengurus kewangan mereka sendiri. Ada pegawai gaji puluhan ribu tetapi setiap bulan menerima gaji bersih lebih rendah dari pembantu pejabatnya. Mereka "kaya" dengan hutang-piutang kerana mengejar prestej dan status hidup moden. Tepatlah kata ahli ekonomi John Adam bahawa masalah ekonomi timbul bila "manusia yang mempunyai nafsu tiada had berusaha memenuhinya dengan sumber-sumber yang terhad". Akibat tidak mampu mendidik hawa nafsu maka berlakulah penyalahgunaan kuasa, rasuah dan penyelewengan.

Berbalik tentang isu pembatalan SBPA warga guru terutamanya patut bersyukur dan berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri. Bukan sahaja isu naik pangkat secara "time base" untuk KUP diperluaskan mungkin ke gred DGA34 KUP tetapi juga ada isu lain yang tidak dibongkarkan sebelum ini.

Hampir sebulan yang lepas Setiausaha Agung NUTP telah mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat 15,000 guru lepasan PPLD yang sambung belajar, memiliki ijazah dan setengahnya telah ditemuduga oleh SPP hampir dua tahun belum dilantik ke gred DG41. Justru itu ujudlah pelbagai perdebatan dan YAB Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pelajaran telah memberi respon bahawa kerajaan akan selesaikan. Timbalan Menteri Pelajaran juga buat kenyataan. Apa yang ditulis dan disebut telah menimbulkan kekeliruan sama ada ke DG41 naik gred atau naik pangkat. Sebelum ini semua umum mengetahui gred DG41 bukan gred naik pangkat tapi gred asas perjawatan PPPS. Kami ada tulis DI SINI.Tradisinya Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaranlah taukeh besar yang diputuskan untuk mengurus pelantikan ke DG41 melalui proses-proses tertentu tetapi apabila SBPA hendak diperkenalkan maka berlaku pembekuan perlantikan dengan pelbagai alasan sama ada tiada perjawatan atau tiada wang untuk bayar gaji dan tunggakan. Logikkah KPM yang meluluskan guru sambung belajar tidak tahu perjawatan ada atau tidak. Mana dasar semua SM 100% guru siswazah dan SR 50% guru siswazah ?

Dua minggu yang lepas barangkali rentetan apa yang disebut oleh YAB Timbalan Perdana Menteri maka BPSM, KPM mengarahkan JPN Negeri Urusan Kenaikan Pangkat PPLD yang mendapat ijazah semasa berkhidmat ke DG1-1. Sekali lagi kami dihujani panggilan, sms dan email serta pelbagai media sosial oleh guru-guru terutama yang telah temuduga SPP kerana bimbang pelaksanaan urusan ini menyebabkan mereka yang sepatutnya dilantik pada 2 Oktober 2010 mengikut Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Bil 1,2010 akan hilang senioriti atas gred DG41, tunggakan serta peluang-peluang naik pangkat. Sekali lagi istilah naik pangkat ke DG41 dipersoalkan. Apa tidaknya rakan-rakan sama-sama belajar, sama-sama graduate tapi awal sehari atau seminggu dua temuduga dari mereka telahpun dilantik ke DG41 dan menikmati gaji baru serta tunggakan gaji. Barangkali sangat tidak adil jika mereka dilantik pada tahun semasa sekarang kecuali tiada seorang pun dari kohort terbabit terlepas atau dilantik.

Kami mencari-cari sumber kuasa mana yang digunakan oleh BPSM untuk menghalalkan istilah naik pangkat kepada gred DG41. Kami tidak salahkan BPSM kerana BPSM melaksanakan arahan dari JPA. Namun tugas kami untuk menjelaskan kepada guru sangat besar. Pertama biar mereka faham dan kedua jangan mereka membina persepsi kerajaan hendak menipu mereka. Akhirnya, kami temui sumber kuasa itu. Sumber kuasa yang menghalalkan "naik pangkat" ke DG41. Sumber kuasa yang memindahkan kuasa pelantikan gred DG41 daripada SPP ke Lembaga Naik Pangkat. Sumber kuasa itu ialah Pekeliling Perkhidmatan Bil 15 Tahun 2011 yang bertajuk : Kemajuan Kerjaya Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Saraan Baru Perkhidmatan Awam. Pada permulaan perenggan di bawah tajuk Tujuan : Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan menjelaskan mengenai kemajuan kerjaya pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang dilaksanakan di bawah Saraan Baru Perkhidmatan Awam.

Justru pembatalan SBPA maka kita berharap semua pekeliling yang berkaitan SBPA juga batal dan urusan dibawahnya tidak valid untuk digunapakai. Oleh yang demikian ramai yang meminta urusan pelantikan guru PPLD yang sambung belajar sama ada sepenuh masa dan pjj dikembalikan mengikut kaedah asal di mana diuruskan sepenuhnya oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Kadangpun kita yang di bawah ini pun hairan macam mana SPP boleh membenarkan JPA melalui LNP mengambil alih tugas ini. Kita tidak faham kedudukan hiraki antara SPP dan JPA ini. Walau bagaimanapun isu pelantikan ke DG41 bagi PPLD ini  patut disegerakan . Jangan ianya menjadi polimek atau dipolimek hingga sukar bagi kita yang cintakan kerajaan pimpinan YAB Perdana Menteri menghadapinya.

Sesungguhnya para guru terutama PPLD yang sambung belajar perlu menyokong penuh dan berdiri teguh di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri kerana membatalkan SBPA dan mengembalikan hak-hak mereka. Kita percaya KPM menyedari  hakikat ini dan akan menyelesaikan isu ini segera.

Terima kasih YAB Perdana Menteri.

27.2.12

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS 2012

Sk Teluk Ketapang telah mengadakan satu Kem Kepimpinan Pengawas 2012 yang disertai oleh pengawas-pengawas sekolah selama 2 hari bermula 28 Feb hingga 29 Feb 2012.Program ini telah diadakan di makmal komputer SK Teluk Ketapang.Objektif kem ini adalah untuk memberikan semangat bagi menjalankan tanggungjawab dan peranan pengawas sekolah.Selain itu ia juga bagi memberi motivasi kepimpinan kepada pengawas.