20.7.15

Kami warga SK Teluk Ketapang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua umat islam seluruh dunia.




8.7.15

PROGRAM KASIH RAMADAN

Atas cetusan idea puan guru besar dan beberapa orang ustazah, akhirnya lahir sebuah program yang yang sangat menarik iaitu Kasih Ramadan. Program ini memberi fokus kepada luahan rasa keprihatinan warga sekolah kepada golongan warga emas yang miskin dan susah.

Hasil sumbangan warga sekolah sama ada dalam bentuk barangan keperluan dan wang ringgit dikumpulkan untuk diagihkan kepada golongan sasar yang telah dikenalpasti dan diurus oleh Ustaz Musa Mamat.

Walaupun kecil sumbangan warga sekolah tetapi amatlah besar maknanya kepada mereka yang memerlukan.


Semoga Allah merahmati para penderma dan menambahkan lagi keberkatan dalam rezeki…Inshaa Allah.










6.7.15

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KELAB PRS BERSAMA KELAB BUKU TEKS

Pada 16 Jun  2015 ( Selasa ), satu program Lawatan Sambil Belajar ( LaSBela ) ke Kelantan bagi Kelab Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ) dan Kelab Buku Teks telah diadakan dengan jayanya. Destinasi lawatan kali ini lebih berfokuskan kepada pendedahan tentang tempat-tempat bersejarah serta kajian lapangan.
LaSBela ini juga untuk memberi pendedahan tentang kerjaya sebenar yang wujud di dalam bidang sejarah dan pelancongan domestik. Melalui LaSBela seperti ini para peserta dapat menimpa ilmu dan menambahkan pengetahuan sedia ada mereka untuk memperkukuhkan lagi PdP.
Di samping itu, para peserta juga akan lebih bersemangat untuk belajar dan berusaha untuk mencapai cita-cita dan impian di masa akan datang. Ini kerana mereka dapat melihat sendiri dunia kerjaya yang ada potensi semasa LaSBela tersebut.


RAKAMAN PERISTIWA

 














LAWATAN KERJAYA 2.0

Tanggal 28 April 2015 ( Selasa ), satu program Lawatan Kerjaya 2.0 menaiki AirAsia ke KL bagi Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ) telah diadakan dengan jayanya. Destinasi lawatan kali ini lebih berfokuskan kepada pendedahan dan pengalaman menaiki kapal terbang.
Lawatan kerjaya ini juga untuk memberi pendedahan tentang kerjaya sebenar yang wujud di dalam dunia penerbangan dan di Petrosains KLCC. Melalui lawatan seperti ini PRS dapat menimpa ilmu dan menambahkan pengetahuan sedia ada mereka untuk memperkukuhkan lagi PdP.

Di samping itu, PRS juga akan lebih bersemangat untuk belajar dan berusaha untuk mencapai cita-cita dan impian di masa akan datang. Ini kerana mereka dapat melihat sendiri dunia kerjaya yang berprestasi ini semasa lawatan tersebut.

RAKAMAN PERISTIWA

Menaiki Kapal Terbang di Lapangan Terbang Sultan Mahmud
Kuala Terengganu 



   



                         
Mencuba Permainan di Petrosains KLCC



Menunggu LRT



Suasana Dalam AirAsia