21.1.14
AKTIVITI PANITIA BAHASA MELAYU
21 Januari 2014, Selasa.Panitia Bahasa Melayu telah mengadakan persembahan syarahan dan sajak bertempat di Dataran Perhimpunan Sk Teluk Ketapang.
Posted by
SK TELUK KETAPANG
KURSUS ASAS PRS BONGSU 2014
Pada 20 Januari 2014
( Isnin ), Unit Bimbingan & Kaunseling telah mengadakan satu Kursus Asas
PRS Bongsu bertempat di Makmal Komputer sekolah dari pukul 8.00 pagi hingga
1.30 tengahari.
Tujuan kursus ini
adalah untuk membantu PRS memainkan peranan mereka secara lebih berkesan.
Selain itu, ia juga untuk membina penampilan diri yang positif berlandaskan
kehendak Islam serta menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, budi bahasa
dan adab.
Semoga apa yang dipelajari dapat memberikan manfaat yang
berguna kepada semua PRS.
Posted by
SK TELUK KETAPANG
16.1.14
LAWATAN KERJAYA
Tanggal
15 Januari 2014 ( Rabu ), satu program Lawatan Kerjaya bagi Pembimbing Rakan
Sebaya ( PRS ) telah diadakan dengan jayanya. Destinasi lawatan kali ini ialah
Terminal Lapangan Terbang Sultan Mahmud ( LTSM ) dan Menara Kawalan Penerbangan
Awam (DCA) yang terletak berhampiran dengan sekolah.
Tujuan
lawatan kerjaya ini untuk memberi pendedahan tentang kerjaya sebenar yang wujud
di LTSM dan DCA. Melalui lawatan seperti ini PRS dapat menimpa ilmu dan
menambahkan pengetahuan sedia ada mereka untuk memperkukuhkan lagi PDP.
Di
samping itu, PRS juga akan lebih bersemangat untuk belajar dan berusaha untuk
mencapai cita-cita dan impian di masa akan datang. Ini kerana mereka diberi
penerangan secara khusus oleh pegawai-pegawai berkenaan semasa lawatan tersebut.
Secara
keseluruhannya lawatan kerjaya ini memberi impak yang cukup
bermakna kepada semua PRS dan guru pengiring kerana tanpa kebenaran pihak
berkenaan semestinya tempat-tempat tersebut tidak boleh dilawati
sewenang-wenangnya.
Posted by
SK TELUK KETAPANG
10.1.14
SEKITAR MAJLIS PERSARAAN PN. HJH. SELAMAH BT A.BAKAR
Tarikh 9 Januari 2014 , Khamis telah diadakan Majlis Persaraan Pn. Hjh Selamah Bt A.Bakar bertempat di Dataran Perhimpunan Sk Teluk Ketapang.Pihak Sekolah mengucap ribuan terima kasih atas sumbangan beliau selama berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang.
JASA DIKENANG, BUDI DISANJUNG.
Posted by
SK TELUK KETAPANG
1.1.14
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH !
Warga Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang mengucapkan selamat kembali ke sekolah bagi murid tahun 2 hingga tahun 6 dan selamat datang kepada adik-adik Pra sekolah dan adik-adik Tahun 1 ke SK Teluk Ketapang yang akan memulakan sesi pembelajaran pada 1 Januari 2014.
Semoga murid-murid SKTK akan terus mencipta Cemerlang,Gemilang Dan Terbilang
SELAMAT TAHUN BARU 2014
Posted by
SK TELUK KETAPANG
Subscribe to:
Posts (Atom)








