Senamrobik peringkat sekolah ini telah berlangsung serentak di sekolah seluruh Malaysia bagi menjayakan slogan 1Murid, 1Sukan, 1Malaysia.
9.7.12
SENAMROBIK SERENTAK 1MURID,1SUKAN, 1MALAYSIA
10 Julai 2012, Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang dengan jayanya telah mengadakan Senamrobik Serentak 1murid, 1Sukan, 1Malaysia peringkat sekolah.Semua warga sekolah mengambil bahagian dalam acara tersebut.
Antara gambar semasa aktiviti Galeri Foto portal sekolah.
Posted by
SK TELUK KETAPANG
20.6.12
PERKHEMAHAN TAHUNAN BADAN BERUNIFORM 2012
Pada hari ini 21 Jun 2012 telah diadakan satu perkhemahan tahunan Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang.Perkhemahan itu bertempat di Kem Telaga batin.
Seramai 152 orang pelajar tahun 6 mengikuti perkhemahan kali ini yang melibatkan badan beruniform masing-masing
Posted by
SK TELUK KETAPANG
23.5.12
SALAM PERPISAHAN
Kami warga Sk Teluk Ketapang mengucapkan selamat bertukar kepada Cikgu Noraini Binti Sarip.Pihak sekolah juga mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan, pengorbanan dan juga jasa beliau selama berkhidmat di Sk Teluk Ketapang.
Selamat Maju Jaya Cikgu!
Posted by
SK TELUK KETAPANG
22.5.12
JALINAN MESRA
Terima kasih kepada YB Tuan Hj Ahmad Razif Bin Abd. Rahman, Pengurusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Sumber Manusia Negeri merangkap ADUN Seberang Takir kerana sudi melawat sekolah kami bagi mengadakan jalinan mesra bersama para guru-guru dan kakitangan sekolah kami.
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau kerana sudi meluangkan masa bersama guru dan kakitangan sekolah kami.
Posted by
SK TELUK KETAPANG
14.5.12
28.4.12
MESYUARAT AGUNG PIBG SK TELUK KETAPANG KALI KE 12/2012
Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang telah mengadakan mesyuarat agung kali ke 12 pada 27 April 2012 ( Jumaat ) bertempat di Kantin Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang. Mesyuarat telah bermula pada pukul 2.30 petang.
Mesyuarat kali ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Hj. Ahmad Razif Bin Abdul Rahman selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi Dan Sumber Manusia Negeri & Merangkap ADUN Seberang Takir.
Gambar semasa mesyuarat agung boleh dilihat pada Galeri Foto portal sekolah.
Posted by
SK TELUK KETAPANG
24.4.12
MEMARTABATKAN PENGAWAS PSS SKTK
Pengawas Pusat Sumber ( PSS ) Sk Teluk Ketapang seramai 50 orang telah mendapat 'vest' baru yang dipakai bermula 22 April 2012 sebagai langkah memartabat imej pengawas PSS dan sekolah.
Di bawah kelolaan Cikgu Tengku Adnan dan Cikgu Saidah, mereka juga telah merpersembahkan lagu NILAM di hapadan semua warga Sk Teluk Ketapang pada 22 April 2012 di perhimpunan mingguan sekolah.
Gambar-gambar lain sila lihat di Galeri Foto portal sekolah.
Posted by
SK TELUK KETAPANG
Subscribe to:
Posts (Atom)










