14.2.13

PROGRAM CAKNA CEMERLANG & AKUJANJI UPSR 2013

14 Februari 2013,Khamis.Pihak sekolah telah mengadakan Program Cakna Cemerlang & Akujanji UPSR 2013.Majlis tersebut telah diadakan di kantin Sekolah.


Objektif program tersebut adakan untuk memberi semangat dan kesedaran kepada ibubapa dan murid.Ia juga bagi menentukan target UPSR 2013 bagi Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang.Program ini juga dapat menjalinkan kerjasama padu antara ibubapa dan guru dalam usaha membantu meningkatan prestasi murid.Aktiviti-aktiviti untuk meningkatkan UPSR 2013 juga telah dibentangkan oleh GPK Pentadbiran,En. Salleh @ Mokthar bin Ismail untuk memberi makluman kepada ibubapa.Selain itu,guru-guru tahun 6 juga telah diperkenalkan kepada ibubapa bagi memudahkan kerjasama antara ibubapa dengan guru tahun 6.


Pihak sekolah mengucapakan ribuan terima kasih kepada ibubapa murid tahun 6 kerana sudi meluangkan masa untuk menjayakan majlis kali ini.


11.2.13

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434H

7 Februari 2013,bersamaan 26 RabiulAwwal 1434H.Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul Peringkatan Sekolah.Majlis telah bermula pada pukul 7.50 pagi dan bertempat di dataran perhimpunan sekolah.


Bertemakan Wasatiyyah Toggak Kesatuan Ummah,pihak sekolah juga mempersembahkan Qasidah jemputan bagi memeriahkan lagi majlis kali ini.


Majlis berjalan dengan lancar dan diahkiri dengan majlis jamuan makan semperna akikah anak Tuan Guru Besar.


Sedikit gambar pada majlis tersebut boleh di lihat di Galeri foto blog sekolah.


19.1.13

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 2013

20 Januari 2013.Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB. Dato' Hj. Ahmad Razif B. Abd  Rahman.Pengerusi JK Pelajaran,Pengajian Tinggi,Sains & Teknologi dan Sumber Manusia merangkap ADUN Seberang Takir,Kuala Terengganu kerana sudi menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal persekolahan 2013.


Beliau telah menyampaikan sebanyak RM 88800.00 kepada ibubapa pelajar Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang dimana setiap pelajar mendapat RM 100.00 seorang.


Pihak sekolah sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB.Dato'Hj. Ahmad Razif B. Abd Rahman atas kesudian menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 2013 kepada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang.


Sedikit sudutan gambar-gambar lain semasa acara berlangsung bolehlah di lihat pada Galeri Foto blog sekolah.



30.12.12

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!!

Warga Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang mengucapkan selamat kembali ke sekolah bagi pelajar tahun 2 hingga tahun 6 dan selamat datang kepada pelajar pra sekolah dan pelajar tahun 1 ke SK Teluk Ketapang yang akan memulakan sesi pembelajaran pada 1 Januari 2013.



19.11.12

TAHNIAH !!!

19 November 2012.Pihak Sk Teluk Ketapang mengucap tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR bagi tahun 2012.


Sk Teluk Ketapang juga telah mencapai peningkatan dalam keputusan kali ini dimana menduduki tempat kedua terbaik berbanding dengan sekolah-sekolah jirannya.Peningkatan 10.47 peratus dari tahun sebelumnya.


Seramai 18 orang pelajar Sk Teluk Ketapang telah mendapat keputusan 5A dimana 5 pelajar perempuan dan 13 pelajar lelaki.


Diharap pelajar yang berjaya akan terus melakarkan kecemerlangan dan kepada yang kurang berjaya,cuba lagi didalam peperiksaan yang akan datang.Gambar lain telah diletakkan di dalam Galeri Foto blog sekolah.


10.11.12

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKTK 2012

7 November 2012, Sk Teluk Ketapang telah mengadakan satu majlis hari anugerah kecemerlangan Sk Teluk Ketapang 2012 bertempat di kantin sekolah Sk Teluk Ketapang. Majlis itu telah dirasmikan oleh YB Dato Hj. Ahmad Razif Bin Abd. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran,Pengajian tinggi,Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri merangkap ADUN Seberang Takir.


Majlis itu telah berjalan dengan lancar bagi menghargai pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam bidang akademik dan sukan sepanjang tahun 2012.


Pihak Sk Teluk Ketapang mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Dato Hj. Ahmad Razif Bin Abd. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran,Pengajian tinggi,Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri merangkap ADUN Seberang Takir kerana sudi melapangkan masa untuk merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan 2012 Sk teluk Ketapang.Sedikit gambar semasa majlis boleh dilihat pada Galeri Foto blog sekolah.


4.11.12

MAJLIS GRADUASI PRASEKOLAH SK TELUK KETAPANG 2012

5 November , pelajar-pelajar Prasekolah Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang telah diraikan dalam satu Majlis Graduasi Prasekolah bagi menerima sijil dan cederahati dari pihak sekolah.


Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar Sk Teluk Ketapang.Pihak sekolah mengucapkan taniah kepada pelajar-pelajar Prasekolah Sk Teluk Ketapang 2012 kerana telah berjaya menamatkan sesi prasekolah bagi sesi 2012.


Pihak sekolah juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Guru Prasekolah Sk Teluk Ketapang dan Pembantu Murid Sk Teluk Ketapang atas kejayaan mendidik pelajar-pelajar Prasekolah bagi sesi 2012.
Sedikit gambar semasa majlis tersebut boleh dilihat pada Galeri Foto blog sekolah.