21.1.14

KURSUS ASAS PRS BONGSU 2014

Pada 20 Januari 2014 ( Isnin ), Unit Bimbingan & Kaunseling telah mengadakan satu Kursus Asas PRS Bongsu bertempat di Makmal Komputer sekolah dari pukul 8.00 pagi hingga 1.30 tengahari.



Tujuan kursus ini adalah untuk membantu PRS memainkan peranan mereka secara lebih berkesan. Selain itu, ia juga untuk membina penampilan diri yang positif berlandaskan kehendak Islam serta menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, budi bahasa dan adab.


Semoga apa yang dipelajari dapat memberikan manfaat yang berguna kepada semua PRS. 

16.1.14

LAWATAN KERJAYA

Tanggal 15 Januari 2014 ( Rabu ), satu program Lawatan Kerjaya bagi Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ) telah diadakan dengan jayanya. Destinasi lawatan kali ini ialah Terminal Lapangan Terbang Sultan Mahmud ( LTSM ) dan Menara Kawalan Penerbangan Awam (DCA) yang terletak berhampiran dengan sekolah.


Tujuan lawatan kerjaya ini untuk memberi pendedahan tentang kerjaya sebenar yang wujud di LTSM dan DCA. Melalui lawatan seperti ini PRS dapat menimpa ilmu dan menambahkan pengetahuan sedia ada mereka untuk memperkukuhkan lagi PDP.
Di samping itu, PRS juga akan lebih bersemangat untuk belajar dan berusaha untuk mencapai cita-cita dan impian di masa akan datang. Ini kerana mereka diberi penerangan secara khusus oleh pegawai-pegawai berkenaan semasa lawatan tersebut.


Secara keseluruhannya lawatan kerjaya ini memberi impak yang cukup bermakna kepada semua PRS dan guru pengiring kerana tanpa kebenaran pihak berkenaan semestinya tempat-tempat tersebut tidak boleh dilawati sewenang-wenangnya.

10.1.14

SEKITAR MAJLIS PERSARAAN PN. HJH. SELAMAH BT A.BAKAR

Tarikh 9 Januari 2014 , Khamis telah diadakan Majlis Persaraan Pn. Hjh Selamah Bt A.Bakar bertempat di Dataran Perhimpunan Sk Teluk Ketapang.Pihak Sekolah mengucap ribuan terima kasih atas sumbangan beliau selama berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang.


JASA DIKENANG, BUDI DISANJUNG.



1.1.14

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH !

Warga Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang mengucapkan selamat kembali ke sekolah bagi murid tahun 2 hingga tahun 6 dan selamat datang kepada adik-adik Pra sekolah dan adik-adik Tahun 1 ke SK Teluk Ketapang yang akan memulakan sesi pembelajaran pada 1 Januari 2014.

Semoga murid-murid SKTK akan terus mencipta Cemerlang,Gemilang Dan Terbilang




SELAMAT TAHUN BARU 2014

6.10.13

EDU TRIP KE MELAKA, SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

Lawatan Sambil Belajar atau Edu Trip ke Melaka, Selangor dan Kuala Lumpur merupakan salah satu program Jawantan Kuasa Lawatan bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling SKTK yang diadakan pada 23-26 September 2013.Edu Trip kali ini disertai oleh 35 orang pelajar dan 6 org guru pengiring.Bertolak jam 9.30 malam dan sampai kira-kira 5.20 pagi di Masjid Bukit Katil, Melaka untuk urus diri dan sembahyang subuh. Masjid ini cukup indah dan sangat bersih.Selepas sarapan pagi di Restoran Rohana KM 9 Simpang JPJ Melaka, kami terus ke Zoo Melaka. Pemilik restoran ini sangat baik dan pemurah. Bukan sahaja harganya ada diskaun, bahkan buah tangan pun disediakan.

Destinasi  pada 24 September 2013 ialah Melaka 






25 SEPTEMBER 2013 ( RABU ) / DESTINASI i-CITY SHAH ALAM




Pada sebelah malamnya kami ke i-City sekali lagi untuk melihat keindahan panorama di sini tetapi malangnya kamera tertinggal di tempat penginapan.

26 SEPTEMBER 2013 (KHAMIS ) / MUZIUM COKLAT DAN PETROSAINS



AKTIVITI TAMBAHAN (MENAIKI LRT DAN MEMBELI-BELAH DI JALAN TAR)



Alhamdulilah..Edu Trip kali ini begitu berjaya sekali mengikut perancangan dan kerjasama semua guru pengiring yang cukup baik. Matlamat Edu Trip untuk memberi kepuasan kepada para peserta tercapai dengan cemerlang sekali. Tahniah!





20.9.13

LAWATAN ANAK-ANAK YATIM KE KEMAMAN

Syukur alhamdulilah program Lawatan Anak-anak Yatim ke Kemaman ini merupakan lawatan yang julung kalinya dapat diadakan pada 19 September 2013 ( Khamis ). Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling serta dibantu oleh Jawatankuasa Kebajikan Anak-anak Yatim sekolah. Seramai 36 orang anak yatim yang menyertainya.






            Sejujurnya kejayaan menganjurkan program ini bersama anak-anak yatim yang rata-ratanya mereka yang susah sangat menyentuh hati kami yang terlibat. Bayangkan mereka begitu teruja dan gembira mengunjungi Zoo Kemaman, TATIU dan Mesra Mall.



            Perbelanjaan anak-anak yatim ini ditanggung sepenuhnya oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dan sumbangan oleh PIBG sekolah sebanyak RM200.00. 

1.8.13

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA PROGRAM IHYA' RAMADHAN 1434H/2013M

Majlis Khatam Al-Quran Semperna Program Ihya' Ramadhan 1434H/2013M Peringkat Sekolah telah dijalankan pada 31 Julai 2013,Rabu bersamaan 22 Ramadhan 1434H.


Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menggalakkan pelajar membaca Al-Quran setiap hari pada bulan Ramadhan.Selain itu program ini juga untuk menyemai rasa kesedaran tentang kelebihan membaca Al-Quran.

Majlis kali ini telah diketuai oleh Juru Khatam iaitu Ustaz Musa b. Mamat dan Ustaz Ab Aziz b. Ab Rahman.Diharapkan majlis ini dapat menjadikan Al-Quran sebagai pegangan hidup semua.


Sedikit sudutan majlis ini boleh dilihat pada Galeri foto blog sekolah.