12.5.13

LAWATAN BERMAKLUMAT KE KUALA LUMPUR DENGAN AIRASIA


Lawatan Bermaklumat Pembimbing Rakan Sebaya SKTK ke Kuala Lumpur dengan menaiki AirAsia adalah julung kalinya diadakan dan berjalan dengan lancar, baik dan selamat. Lawatan sehari ini berlaku pada 8 Mei 2013 ( Rabu ),bermula jam 6.30 pagi hingga 9.00 malam.


Lawatan tersebut disertai oleh 13 orang PRS dan 2 orang guru pembimbing UBK iaitu Cikgu Baharim Ramli dan Cikgu Zaimah Yusof. Setiap peserta membayar sebanyak RM230 untuk lawatan tersebut. Ia merangkumi tiket AirAsia, tiket bas, tiket Putra LRT, tiket masuk Petrosains, makan dan minum.



Melalui aktiviti lawatan ini PRS memperoleh pengalaman yang sangat bermanfaat dan di luar jangkaan mereka. Ini kerana setiap PRS dapat merasakan sendiri peristiwa dan pengalaman menaiki kapal terbang, coach airport, Putra LRT dan bermain aneka ciptaan sains di Petrosains.









29.4.13

KEM KECEMERLANGAN UPSR (KEMERCU)


Kem Kecemerlangan UPSR ( KEMERCU ) merupakan program tahunan Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR yang telah dirancang. Program telah diadakan di Angullia Beach House  Resort, Marang selama 3 hari 2 malam pada 16 – 18 April 2013 yang lalu. Dalam program ini para pelajar telah didedahkan dengan ceramah teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan bagi semua subjek UPSR dalam 2 kumpulan mengikut aras pencapaian mereka.


            Para fasilitator terdiri daripada 8 orang guru-guru Akram dan pemeriksa kertas subjek UPSR negeri Terengganu. Bagi BM - Puan Salwa Zaharin dan Encik Mohd Faudzi Abdullah, BI - Encik Khyrul Anwar Mohamad dan Encik Adnan Harun, MT - Encik Alias Abdullah dan Puan Dahlia Embong, SN - Encik Mohd Fazli Othman dan Puan Tun Azlina Lokman. Manakala, Motivasi oleh Encik Baharim Ramli dan Puan Zaimah Yusoff, Kerohanian oleh Ustazah Hajjah Ruhani Isemail dan Tazkirah oleh Ustaz Wan Md. Shahrulmizam Wan Abdullah.


            Syukur Alhamdulilah, program ini berjalan dengan lancar dan baik cuma sedikit kecederaan kepada seorang pelajar perempuan sewaktu Aktiviti Riadah. Walau bagaimana pun, rawatan telah diberikan dan pelajar berkenaan dapat mengikuti program hingga akhir.Terima kasih kepada Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan dan semua guru kerana telah memberi kerjasama yang sangat baik dalam menjayakan program ini.
Sedikit gambar semasa aktiviti ini boleh dilihat pada foto galeri blog sekolah.

6.4.13

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK TELUK KETAPANG KALI KE 13 & PELANCARAN E-KHUTUB KHANAH SERTA "SCIENCE JOURNEY"

4 April 2013,Yang Berhormat,Dato' Hj. Ahmad Razif Bin Abdul Rahman,Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran  Pengajian Tinggi,Sains,Teknologi & Sumber Manusia,Terengganu Darul Iman telah merasmikan mesyuarat agung persatuan ibu bapa dan guru Sk Teluk Ketapang kali ke-13 dan melancarkan E- khutub khanah serta "sains journey".Majlis tersebut telah berlangsung pada pukul 2.30 petang bertempat di kantin sekolah Sk Teluk Ketapang.


Agenda yang turut berlangsung pada hari itu adalah penyerahan cepu emas kepada pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR 2012.Selain itu,majlis juga menyampaikan cenderahati kepada Pengarah Pusat Sains & Kreativiti Kuala Terengganu,Pengurus NVE Solution dan Pengarah PSKT .Acara pada hari itu diahkiri dengan majlis penyerahan E-khutub khanah daripada NVE Solution kepada Guru Besar.


Sedikit gambar semasa acara ini berlangsung boleh di lihat pada Galeri Foto blog sekolah.


3.3.13

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025 & BAHAN TAKLIMAT MMI

[TERBARU]
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025 bolehlah dimuat turun DISINI.Manakala BAHAN TAKLIMAT MMI boleh dimuat turun DISINI.

26.2.13

KEJORANAN MERENTAS DESA 2013

21 Februari 2013,Khamis.Sekolah telah mengadakan acara tahunan iaitu acara merentas desa peringkat sekolah yang telah disertai oleh semua pelajar Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang.


Acara tersebut telah berlangsung dengan jayanya dan pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang telah menjayakan acara tersebut.

17.2.13

PROGRAM PERKASA PANITIA BAHASA INGGERIS MEMACU KECEMERLANGAN UPSR 2013


18 Februari 2013,panitia Bahasa Inggeris telah mengadakan satu program iaitu Program Perkasa Panitia Bahasa Inggeris Memacu Kecemerlangan UPSR 2013.Program tersebut telah disertai oleh semua guru Bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang.Pn Mei Muharramah Bt Mohamad Nor dari SK Mengabang Telipot telah menjayakan program tersebut sebagai fasilitator.

14.2.13

PROGRAM CAKNA CEMERLANG & AKUJANJI UPSR 2013

14 Februari 2013,Khamis.Pihak sekolah telah mengadakan Program Cakna Cemerlang & Akujanji UPSR 2013.Majlis tersebut telah diadakan di kantin Sekolah.


Objektif program tersebut adakan untuk memberi semangat dan kesedaran kepada ibubapa dan murid.Ia juga bagi menentukan target UPSR 2013 bagi Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang.Program ini juga dapat menjalinkan kerjasama padu antara ibubapa dan guru dalam usaha membantu meningkatan prestasi murid.Aktiviti-aktiviti untuk meningkatkan UPSR 2013 juga telah dibentangkan oleh GPK Pentadbiran,En. Salleh @ Mokthar bin Ismail untuk memberi makluman kepada ibubapa.Selain itu,guru-guru tahun 6 juga telah diperkenalkan kepada ibubapa bagi memudahkan kerjasama antara ibubapa dengan guru tahun 6.


Pihak sekolah mengucapakan ribuan terima kasih kepada ibubapa murid tahun 6 kerana sudi meluangkan masa untuk menjayakan majlis kali ini.