11.2.14
PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN & MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-14
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yb Dato Hj Ahmad Razif bin Abd. Rahman,Pengerusi Jawatankuasa Sains&Teknologi, Inovasi,Teknologi Hijau Dan Air merangkap ADUN Seberang Takir kerana sudi menyampaikan bantuan awal persekolahan dan merasmikan mesyuarat agung PIBG kali ke-14 Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang.
Posted by
SK TELUK KETAPANG
10.2.14
DOKUMENTASI PROGRAM HaLus
Jam 8.10 pagi, bertarikh 6 Februari 2014,seramai 61 orang peserta (6 Makwa, 6
Salam dan 6 Husna) telah mendaftarkan diri sebelum berjalan kaki ke
Pantai Teluk Ketapang dan dikendalikan oleh Encik Baharim, Encik Mat Usop dan 4
orang Guru Pelatih IPGKDRI yang bertugas sebagai fasilitator. Mereka ialah Cik
Nur Fatin, Cik Zainab Asilah, Cik Raihanah dan Cik Wan Samirah Bahiah. Perjalanan
ke lokasi aktiviti hanya mengambil masa selama 5 minit sahaja.Sebaik sahaja sampai, para peserta diagihkan kepada lima
kumpulan dan bersesuaian dengan lima stesen aktiviti yang akan dijalankan.
Setiap stesen, para peserta dikehendaki menyelesaikan dan menyempurnakan
tugasan yang diberi dalam masa 15 minit.
Stesen 1 – Gajah Berpusing
Setiap peserta dikehendaki berpusing sebanyak tujuh pusingan
dan berjalan ke fasilitator untuk menjawab sifir yang diajukan. Jawapan yang
betul akan dikira markah untuk kumpulan mereka.
Stesen 2 – Belon Air
Para peserta berada dalam bentuk bulatan. Mereka dikehendaki
membaling belon dan disambut dengan selamat. Peserta yang tidak berjaya
menyambutnya dengan baik akan terkeluar daripada kumpulan. Pemenang ditentukan
berdasarkan bilangan belon yang terkumpul.
Stesen 3 – Layang-layang
Para peserta dikehendaki membuat sebuah laying-layang yang
mampu naik. Kumpulan yang berjaya menaikkan laying-layang dengan baik akan
dikira pemenang.
Stesen 4 – Kaki Ayam
Kaki peserta akan diikat dengan kawan mereka untuk mencari
dan mengambil gula-gula berdasarkan warna yang diarahkan. Kumpulan yang berjaya
mengumpul gula-gula terbanyak dikira pemenang.
Stesen 5 – Mama Pesan
Dalam aktiviti ini para peserta dikehendaki menyampaikan
pesanan yang diberi. Ketepatan peserta yang terakhir menyampaikan pesanan akan
dikira pemenang.
Keseluruhannya, aktiviti yang dirancang sangat sesuai dengan
aras dan kebolehan para peserta yang memiliki harapan lulus di dalam UPSR
nanti. Jam 10.00 pagi para peserta rehat dan diberi makanan berupa nasi minyak
dan air mineral.Selesai makan, acara menyampaikan hadiah kepada pemenang
yang berjaya mengungguli setiap aktiviti. 10.15 pagi para peserta berjalan
balik ke sekolah dengan diiringi oleh Encik Mat Usop.Secara keseluruhannya, program ini dapat
memberi impak yang sangat baik kepada para peserta bekerjasama dalam kumpulan
untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dikemukakan. Bezanya masalah yang
dikemukakan kali ini dalam bentuk permainan minda. Program ini juga mencapai
objektif sebagaimana yang telah dicadangkan. Para peserta berpuas hati dan
gembira dengan aktiviti-aktiviti yang telah disusun atur dengan baik.Semua guru
menjalankan tugas dengan begitu komited dan baik sekali sehingga perjalanan
program ini amat lancar. Alhamdulilah, tiada kejadian yang tidak diingini
berlaku.
Posted by
SK TELUK KETAPANG
6.2.14
MAJLIS CAKNA CEMERLANG AKUJANJI UPSR 2014
5 Februari 2014,11 pagi pihak sekolah menerima kedatangan ibubapa tahun 6 bagi menyempurnakan Majlis Cakna Cemerlang Akujanji UPSR 2014 murid tahun 6.Majlis ini dirasmikan oleh Encik Norzilam Bin Mohamed, Pengarah Biro Tatanegara Terengganu.
Posted by
SK TELUK KETAPANG
2.2.14
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 1435H/2014
Tanggal 12 Rabiulawal merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Maulidur Rasul tahun 1435H atau tahun Masehi 2014 jatuh pada 14 Januari 2014 dengan Tema sambutan Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah.
Dengan peristiwa itu,pihak sekolah telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah Pada 28 Januari 2014.Perarakan dari sekolah ke Bangunan Penyelaras UMNO Dun Seberang Takir telah berjalan dengan lancar.
Dengan peristiwa itu,pihak sekolah telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah Pada 28 Januari 2014.Perarakan dari sekolah ke Bangunan Penyelaras UMNO Dun Seberang Takir telah berjalan dengan lancar.
Gambar-gambar lain semasa majlis berjalan boleh di lihat pada Galeri Foto blog sekolah.
Posted by
SK TELUK KETAPANG
21.1.14
AKTIVITI PANITIA BAHASA MELAYU
21 Januari 2014, Selasa.Panitia Bahasa Melayu telah mengadakan persembahan syarahan dan sajak bertempat di Dataran Perhimpunan Sk Teluk Ketapang.
Posted by
SK TELUK KETAPANG
KURSUS ASAS PRS BONGSU 2014
Pada 20 Januari 2014
( Isnin ), Unit Bimbingan & Kaunseling telah mengadakan satu Kursus Asas
PRS Bongsu bertempat di Makmal Komputer sekolah dari pukul 8.00 pagi hingga
1.30 tengahari.
Tujuan kursus ini
adalah untuk membantu PRS memainkan peranan mereka secara lebih berkesan.
Selain itu, ia juga untuk membina penampilan diri yang positif berlandaskan
kehendak Islam serta menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, budi bahasa
dan adab.
Semoga apa yang dipelajari dapat memberikan manfaat yang
berguna kepada semua PRS.
Posted by
SK TELUK KETAPANG
16.1.14
LAWATAN KERJAYA
Tanggal
15 Januari 2014 ( Rabu ), satu program Lawatan Kerjaya bagi Pembimbing Rakan
Sebaya ( PRS ) telah diadakan dengan jayanya. Destinasi lawatan kali ini ialah
Terminal Lapangan Terbang Sultan Mahmud ( LTSM ) dan Menara Kawalan Penerbangan
Awam (DCA) yang terletak berhampiran dengan sekolah.
Tujuan
lawatan kerjaya ini untuk memberi pendedahan tentang kerjaya sebenar yang wujud
di LTSM dan DCA. Melalui lawatan seperti ini PRS dapat menimpa ilmu dan
menambahkan pengetahuan sedia ada mereka untuk memperkukuhkan lagi PDP.
Di
samping itu, PRS juga akan lebih bersemangat untuk belajar dan berusaha untuk
mencapai cita-cita dan impian di masa akan datang. Ini kerana mereka diberi
penerangan secara khusus oleh pegawai-pegawai berkenaan semasa lawatan tersebut.
Secara
keseluruhannya lawatan kerjaya ini memberi impak yang cukup
bermakna kepada semua PRS dan guru pengiring kerana tanpa kebenaran pihak
berkenaan semestinya tempat-tempat tersebut tidak boleh dilawati
sewenang-wenangnya.
Posted by
SK TELUK KETAPANG
Subscribe to:
Posts (Atom)













