12 Mac 2015,Khamis-Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang telah menjadi johan keseluruhan sekolah rendah dalam kejohanan balapan dan padang peringkat MSSDKTU 2015.Sk Teluk Ketapang telah mengumpul sebanyak 4 Emas,5 Perak, 4 Gangsa dan 5 kali menduduki tempat ke-4.Selain itu,Muhammad Hasrul Najmi B Badrul dinobatkan sebagai peserta terbaik lelaki bawah 12 Tahun dengan mengumpul 2 Emas dalam acara 100 meter dan 200 meter.Pihak sekolah mengucapkan ribuan tahniah dan syabas kepada peserta dan juga jurulatih yang tidak pernah mengenal erti putus asa untuk mencipta kejayaan kali ini.

