6.7.15

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KELAB PRS BERSAMA KELAB BUKU TEKS

Pada 16 Jun  2015 ( Selasa ), satu program Lawatan Sambil Belajar ( LaSBela ) ke Kelantan bagi Kelab Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ) dan Kelab Buku Teks telah diadakan dengan jayanya. Destinasi lawatan kali ini lebih berfokuskan kepada pendedahan tentang tempat-tempat bersejarah serta kajian lapangan.
LaSBela ini juga untuk memberi pendedahan tentang kerjaya sebenar yang wujud di dalam bidang sejarah dan pelancongan domestik. Melalui LaSBela seperti ini para peserta dapat menimpa ilmu dan menambahkan pengetahuan sedia ada mereka untuk memperkukuhkan lagi PdP.
Di samping itu, para peserta juga akan lebih bersemangat untuk belajar dan berusaha untuk mencapai cita-cita dan impian di masa akan datang. Ini kerana mereka dapat melihat sendiri dunia kerjaya yang ada potensi semasa LaSBela tersebut.


RAKAMAN PERISTIWA

 














LAWATAN KERJAYA 2.0

Tanggal 28 April 2015 ( Selasa ), satu program Lawatan Kerjaya 2.0 menaiki AirAsia ke KL bagi Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ) telah diadakan dengan jayanya. Destinasi lawatan kali ini lebih berfokuskan kepada pendedahan dan pengalaman menaiki kapal terbang.
Lawatan kerjaya ini juga untuk memberi pendedahan tentang kerjaya sebenar yang wujud di dalam dunia penerbangan dan di Petrosains KLCC. Melalui lawatan seperti ini PRS dapat menimpa ilmu dan menambahkan pengetahuan sedia ada mereka untuk memperkukuhkan lagi PdP.

Di samping itu, PRS juga akan lebih bersemangat untuk belajar dan berusaha untuk mencapai cita-cita dan impian di masa akan datang. Ini kerana mereka dapat melihat sendiri dunia kerjaya yang berprestasi ini semasa lawatan tersebut.

RAKAMAN PERISTIWA

Menaiki Kapal Terbang di Lapangan Terbang Sultan Mahmud
Kuala Terengganu 



   



                         
Mencuba Permainan di Petrosains KLCC



Menunggu LRT



Suasana Dalam AirAsia




14.6.15

SALAM RAMADHAN 2015/1436H

Kami warga SK Teluk Ketapang mengucapkan salam Ramadhan pada semua umat islam seluruh dunia.


15.3.15

TAHNIAH SK TELUK KETAPANG

12 Mac 2015,Khamis-Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang telah menjadi johan keseluruhan sekolah rendah dalam kejohanan balapan dan padang peringkat MSSDKTU 2015.Sk Teluk Ketapang telah mengumpul sebanyak 4 Emas,5 Perak, 4 Gangsa dan 5 kali menduduki tempat ke-4.Selain itu,Muhammad Hasrul Najmi B Badrul dinobatkan sebagai peserta terbaik lelaki bawah 12 Tahun dengan mengumpul 2 Emas dalam acara 100 meter dan 200 meter.Pihak sekolah mengucapkan ribuan tahniah dan syabas kepada peserta dan juga jurulatih yang tidak pernah mengenal erti putus asa untuk mencipta kejayaan kali ini.






9.3.15

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM 2015

8 Mac 2015,Ahad-Di awal pagi Ahad telah berlangsung satu majlis pelancaran NILAM peringkat sekolah yang telah dirasmikan oleh tuan guru besar SK Teluk Ketapang.Tujuan Program NILAM adalah untuk mengalakkkan murid membaca.Selain itu, ia juga dapat menjana idea kretif dan inovatif apabila program NILAM ini dapat diadakan dengan jayanya.





26.2.15

LAWATAN KERJAYA 1.0 PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)

24 Februari 2015,Selasa- Satu program Lawatan Kerjaya 1.0 bagi Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah diadakan dengan jayanya. Destinasi lawatan kali ini ialah Akademik Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai, Marang, Terengganu.Tujuan lawatan kerjaya ini untuk memberi pendedahan tentang kerjaya sebenar yang wujud di ABPM ini. Melalui lawatan seperti ini PRS dapat menimpa ilmu dan menambahkan pengetahuan sedia ada mereka untuk memperkukuhkan lagi PdP.Di samping itu, PRS juga akan lebih bersemangat untuk belajar dan berusaha untuk mencapai cita-cita dan impian di masa akan datang. Ini kerana mereka diberi penerangan secara khusus oleh pegawai-pegawai berkenaan semasa lawatan tersebut.Lawatan Kerjaya 1.0 ini memberi impak yang cukup bermakna kepada semua PRS dan guru pengiring kerana tanpa kebenaran pihak berkenaan semestinya tempat tersebut tidak boleh dilawati sewenang-wenangnya.




16.2.15

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN KECIL 2015

15 Februari,Ahad-Majlis penyampaian watikah pelantikan pemimpin- pemimpin kecil sekolah telah berjalan dengan lancar yang berlangsung di dataran Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang pada jam 7.15 pagi.Terima kasih kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.