20.7.15
8.7.15
PROGRAM KASIH RAMADAN
Atas cetusan idea
puan guru besar dan beberapa orang ustazah, akhirnya lahir sebuah program yang
yang sangat menarik iaitu Kasih Ramadan. Program ini memberi fokus kepada
luahan rasa keprihatinan warga sekolah kepada golongan warga emas yang miskin
dan susah.
Hasil sumbangan warga
sekolah sama ada dalam bentuk barangan keperluan dan wang ringgit dikumpulkan
untuk diagihkan kepada golongan sasar yang telah dikenalpasti dan diurus oleh
Ustaz Musa Mamat.
Walaupun kecil
sumbangan warga sekolah tetapi amatlah besar maknanya kepada mereka yang
memerlukan.
Semoga Allah
merahmati para penderma dan menambahkan lagi keberkatan dalam rezeki…Inshaa
Allah.
Posted by
SK TELUK KETAPANG
6.7.15
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KELAB PRS BERSAMA KELAB BUKU TEKS
Pada 16 Jun 2015 ( Selasa ), satu program Lawatan Sambil
Belajar ( LaSBela ) ke Kelantan bagi Kelab Pembimbing Rakan
Sebaya ( PRS ) dan Kelab Buku Teks telah diadakan dengan jayanya. Destinasi
lawatan kali ini lebih berfokuskan kepada pendedahan tentang tempat-tempat
bersejarah serta kajian lapangan.
LaSBela ini juga
untuk memberi pendedahan tentang kerjaya sebenar yang wujud di dalam bidang
sejarah dan pelancongan domestik. Melalui LaSBela seperti ini para peserta
dapat menimpa ilmu dan menambahkan pengetahuan sedia ada mereka untuk
memperkukuhkan lagi PdP.
Di samping itu, para
peserta juga akan lebih bersemangat untuk belajar dan berusaha untuk mencapai cita-cita
dan impian di masa akan datang. Ini kerana mereka dapat melihat sendiri dunia
kerjaya yang ada potensi semasa LaSBela tersebut.
RAKAMAN
PERISTIWA
Posted by
SK TELUK KETAPANG
LAWATAN KERJAYA 2.0
Tanggal 28 April 2015
( Selasa ), satu program Lawatan Kerjaya 2.0 menaiki AirAsia ke KL bagi
Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ) telah diadakan dengan jayanya. Destinasi
lawatan kali ini lebih berfokuskan kepada pendedahan dan pengalaman menaiki
kapal terbang.
Lawatan kerjaya ini
juga untuk memberi pendedahan tentang kerjaya sebenar yang wujud di dalam dunia
penerbangan dan di Petrosains KLCC. Melalui lawatan seperti ini PRS dapat
menimpa ilmu dan menambahkan pengetahuan sedia ada mereka untuk memperkukuhkan
lagi PdP.
Di samping itu, PRS
juga akan lebih bersemangat untuk belajar dan berusaha untuk mencapai cita-cita
dan impian di masa akan datang. Ini kerana mereka dapat melihat sendiri dunia kerjaya
yang berprestasi ini semasa lawatan tersebut.
RAKAMAN
PERISTIWA
Menaiki Kapal Terbang di Lapangan Terbang Sultan Mahmud
Kuala Terengganu
Mencuba Permainan di Petrosains KLCC
Menunggu LRT
Suasana Dalam AirAsia
Posted by
SK TELUK KETAPANG
14.6.15
15.3.15
TAHNIAH SK TELUK KETAPANG
12 Mac 2015,Khamis-Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang telah menjadi johan keseluruhan sekolah rendah dalam kejohanan balapan dan padang peringkat MSSDKTU 2015.Sk Teluk Ketapang telah mengumpul sebanyak 4 Emas,5 Perak, 4 Gangsa dan 5 kali menduduki tempat ke-4.Selain itu,Muhammad Hasrul Najmi B Badrul dinobatkan sebagai peserta terbaik lelaki bawah 12 Tahun dengan mengumpul 2 Emas dalam acara 100 meter dan 200 meter.Pihak sekolah mengucapkan ribuan tahniah dan syabas kepada peserta dan juga jurulatih yang tidak pernah mengenal erti putus asa untuk mencipta kejayaan kali ini.
Posted by
SK TELUK KETAPANG
9.3.15
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM 2015
8 Mac 2015,Ahad-Di awal pagi Ahad telah berlangsung satu majlis pelancaran NILAM peringkat sekolah yang telah dirasmikan oleh tuan guru besar SK Teluk Ketapang.Tujuan Program NILAM adalah untuk mengalakkkan murid membaca.Selain itu, ia juga dapat menjana idea kretif dan inovatif apabila program NILAM ini dapat diadakan dengan jayanya.
Posted by
SK TELUK KETAPANG
Subscribe to:
Posts (Atom)























